Powered by Bravenet Bravenet Blog

Saya ... Normala

journal photo

Subscribe to Journal

Tag Board

Astaga.com lifestyle on the net: Astaga.com lifestyle on the net main kemari tuk jalan-jalan
astaga.com lifestyle on the net: salam kenal bu, boleh belajar ga ? mohon bimbingan.
bey: salam ziarah dari usana2u.com.my moga dapat bertukar pendapat ;)
Normala: Wslm. Lin, alhamdulillah sihat. Kak Mala masih aktif bersama MLM SN & amat suka akan produk2nya. Belum terlintas dihati utk menyertai mana2 biz selagi SN masih berpotensi & kukuh! Skrng ni Kak Mala juga adalah UTC (PM). Jom ler tambah pelaburan!
Nazliana: Salam Kak Mala, apa kabar skrg ni? Makin laju biz nampaknya..tq
Astaga.com Lifestyle on The Net: Wah mantap bisnis MLMnya Semoga sukses
Normala: Din, terima kasih dengan ucapan. Semoga kita terus berjaya!
dinsmart: Selamat Tahun Baru
roshidan: Dropping by from the sky with greetings and smile. Happy Prosperous New Year
Normala: Salam. Yop, Kak Mala cuba ingat tapi tak boleh ... kalau tengok gambar Yop, mungkin boleh ingat lagi. Ataupun, ini mungkin Rizal Teluik Intan kot?
Yop: salam kak mala....kenal lagi x kali pertama jumpaat mala kat smart start d palma s.alam dulu dgn SST....org teluk intan heheh
Normala: Tima kasih Che Din. Che Din lagi hebat! Alhamduliilah exam yang saya ambil tu dah lulus, nanti boleh tambah pelaburan dgn saya hehehe!
chedin: Tahniah, MAKIN HEBAT kak malam ni , rajin belajar , bersemangat .. semoga mencapai impian
Pelawat: Tetap hebat kakak kita yg sorang ni. Tahniah ye!
Rakan Niaga: Saya tetap yakin pada IgG Plus Smart Naco.
nizam: 4Life memiliki bonus tertinggi di dunia MLM dan produk yang 900% lebih berkesan dalam merawat dan mencegah apa jua penyakit.. untuk maklumat 019-7795925
Normala: Waalaikumsalam. Alhamdulillah bagus. Sedang dok promosi juga kpd wanita-wanita!
dinsmart: Assalamualaikum, Kak Mala macam mana produk yang saya bagi try tu??
Normala: Terima kasih Zaini atas ingatan dan ucapan ini. Salam Syawal untuk Zaini sekeluarga. Semoga terus sukses dan ceria!
Mohd Zaini: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
Rakan Niaga: Teruskan perjuangan & jgn toleh ke belakang lagi!
Normala: Hmm ... kenangan lama yg indah ye! Abang Nan (Bob) memang my brother. Kalau tak silap, Mak Cik Nah orang Kelantan ke. Sorry kalau silap hehehe ... maklumlah dah lama tak jumpa!
nofaz: saya tinggal di kejiranan kak mala masa kecik2 dulu. Akak ni adik pd abg Nan kan. Bila saya terpandangkan gambar akak terus saya teringat kat akak. Mak saya makcik nah bakar. kalau la akak ingat
Normala: Betul, di tempat itulah sy membesar. Tapi skrng ni dah tinggal di Ampang. You nofaz yg mana satu ye, ada blog tak?
nofaz: nie kak mala yg duduk kat kg cheras baru ke?
Pemerhati: Puan Normala, sy agar sukar memahami. Samada pesaing anda tidak suka pada anda (irihati) atau pun mereka tidak suka @ tidak yakin & tidak tahu menghargai syarikat MLM Smart Naco. Apapun, anda telah buat pilihan anda. Lakukan sebaik mungkin, insyaAllah KEJAYAAN milik anda!!!
Banyak Songeh: No hal Mala! Biarkan saja apa yg dia orang nak komen. Tak luak apa pun, tapi income you yg masyukkkk!!! Ini adalah salah satu proses kejayaan. ANDA BOLEH LAKUKAN!!!
Normala: Kenapa anda perlu ada perasaan sakit hati kpd sy? Jika anda nak buat bis K-Link, teruskan. Apa kena mengena dgn position sy? Semua blh berubah. Anda sendiri yg tentukan kejayaan anda, bukan orang lain. Hari ini anda bangga dgn biz K-Link, mungkin satu hari nanti anda berpatah semula kpd SN. Mungkin sy juga begitu! Kita bebas memilih yg terbaik utk diri sendiri. o ... JUST DO IT! Yg lainnya kita serahkan pd Allah SWT! Harap penerangan sy ini cukup jelas. Salam Kejayaan utk anda & team
k-puyikang: Tak promote k-puyikang lg ke? Kata killer product. Berapa lori dah jual. Leadership bukan position ye.. yang sibuk kejar pangkat vice president, ambassador, crown, president, ayam serama, ... tu utk apa?
Kopok Lekor: mai singgah sini kalau nak download mp3
Normala: Cik/Encik Smart Naco, bisnes bukan semata di online tapi kat mana2 saja. Thanks kerana sudi lawati blog akak!
smartnaco: kak mala...dah lebih sebulan tak update blog..dah x buat bisnes ke....
adi: selamat siang, mampir nih sambil bagi2 rejeki. bs cari temen byk + dapat beasiswa ato modal usaha click http://muchfriend.com/?ref=adipoenya
rafek: oh smart naco..yang igg plus tu ker kak mala?? masih ada lagi ker..dijihor dulu kuat saya pernah ambil susu tu untuk bonda saya..but sekarang tak dengar lagi?
sasau: xbuat smart naco lagi ke mala..
rafek: salam kak mala..biz ape ye???
omahkaos: salam singgahl... semoga sukses selalu... :)
Normala: Tahniah Fauzan kerana ingin kembali ke SN. Semoga you dan group u terus maju dan kekal bersama SN. Jgn toleh ke belakang lagi!
Normala: Fauzan. Dari sumber mana u dapat info ini?
Fauzan: Tahniah Kak Mala kerana kembali bersama SN, semoga terus sukses..Wslm
Normala: Waalaikumsalam. Salam perkenalan dari Kak Mala. Semoga kita semua dpt menimba ilmu dari perkongsian Linn Comel. Memang seronok dpt menyertai Live Online Conference bersama beliau pd Jumaat (mlm) 22//5/09.
NanaNurJannah: assalamu'alaikum..salam kejayaan utk k. normala.. jumpa link blog akak dari linncomel..
Zul Salleh: Happy Birthday Kak Mala & Selamat Hari Ibu - semoga kita semua tetap sukses.
Pemerhati: Hebat, puan terus bersemangat. Teruskan usaha & kepimpinan, pasti membuahkan hasil yg lebih memberansangkan!
Rakan Niaga: Buat apa nak pergi jauh2, kat sini pun ada - DIET dgn produk K-LINK INTERNATIONAL!!
wan401: salam singgah..sapa2 nsk diet dgn herbalife or jusmate5??

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, January 11th 2010

12:20 PM

PERJALANAN BISNES MLM KAMI SEPANJANG DISEMBER 2009 DAN JANUARI 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah agak lama saya tidak meng'update' blog kesayangan saya ini kerana saya lebih menumpukan promosi di Facebook (FB) dan juga email.  Di FB saya mengenali rakan-rakan baru secara 'Live'.  Namun, saya masih kerap menjenguk blog ini dan juga blog rakan-rakan niaga lain.  Perjalanan bisnes saya secara offline masih terus aktif.  Pada dua minggu yang lepas, saya dan  beberapa leader kawasan tengah dan dari Jerantut bertemu dengan Encik Azhar dan Encik Yunus di Kluang Station.  Encik Azhar membentangkan perancangan Smart Naco dan apa yang mereka boleh bantu untuk mengembangkan promosi rangkaian masing-masing.  Kemudian saya ke Kajang untuk bertemu dengan seorang rakan.  Oleh kerana Encik Azhar masih berbincang lanjut dengan leader-leader yang lain di Kluang Station, saya tidak dapat singgah di rumah beliau untuk mengambil sample produk terbaru untuk lelaki yang bakal dikenali sebagai 'De Max'Kepada kaum lelaki, tunggu kehadiran produk hebat ini ya!

Dua minggu sebelum itu, saya dan Encik Azhar bertemu dengan Puan Jenny di TESCO Kajang, manakala PD Rashidi juga bertemu Encik Azhar bersama dengan rakan niaga beliau di sana.  Perbincangan terus dijalankan bagi membantu Mobile Stokis di bawah rangkaian saya tersebut.  Saya lihat, Encik Azhar dan Smart Naco ikhlas membantu kami semua untuk memastikan bahwa produk-produk Smart Naco sentiasa mendapat perhatian dalam pasaran semasa.

Manakala pada hari Sabtu yang baru lepas (9 Januari 2010), saya dan PD Rashidi bertemu sekali lagi dengan Encik Azhar di ibu pejabat Smart Naco.  Pada kali ini, Encik Y C Chong (SN Product Consultant) ada bersama dalam pertemuan ini.  Begitu juga dengan Encik Yunus.  PD Rashidi hadir bersama dengan rakan niaga beliau.  Rakan-rakan niaga saya saya yang terkini di Kuala Lumpur seperti Encik Patrick Batumalai dan Encik Sooria juga hadir bersama dan mereka memang sungguh bersemangat.  Manakala Puan Jenny tidak dapat hadir kerana ada temujanji awal, dan suami beliau Encik Michael masih berasa di Australia.  Beliau bercadang bertemu kami pada minggu hadapan, sekembalinya suami beliau dari luar negara.  Rohaiza juga pada saat terakhir tidak dapat hadir kerana ada urusan dengan suami beliau.

Saya difahamkan oleh Sifu dan Mentor bahawa mereka akan datang membantu pergerakan rangkaian-rakangkain kami di kawasan tengah ini, lebih-lebih lagi untuk memberi sokongan kepada Mobile Stokis terbaru ini

Baru-baru ini Sifu telah mengaktifkan website terbaru untuk ahli-ahli rangkaian Smart Success Team memprosmosikan bisnes masing-masing.  Saya juga telah dapat website peribadi melalui Sifu dan akan membantu menguruskan ahli-ahli baru dan lama di rangkaian saya untuk mendapatkan website terbaru ini.

InsyaALLAH, bila semua memainkan peranan masing-masing dalam perniagaan ini, maka perjalanan bisnes MLM Smart Naco kami menjadi lebih teratur dan lebih mudah.



Encik Y C Chong (Product Consultant - Smart Naco) bersama Encik Azhar (Pengurus Pemasaran - Smart Naco).  Mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak dari tahun 1999.



PD Rashidi yang hebat bersama Encik Yunus (Pegawai Pemasaran Kanan Smart Naco)



 Dua orang rakan niaga terbaru saya yang sentiasa sedia memberi kerjasama iaitu Encik Sooria (di sebelah kiri sekali dan Encik Patrick Batumalai yang berT-Shirt Biru), duduk bersebelahan dengan PD Rashidi).  PD Rashidi juga banyak memberi sokongan dan tips kepada kedua-dua mereka.  Terima kasih ya PD Rashidi yang hebat!



Seorang rakan niaga PD Rashidi bersama Ms Lim (Pegawai Pemasaran Smart Naco)


Sebelum menaiki kenderaan masing-masiing, PD Rashidi sempat berbisik kepada saya tentang perkongsian promosi yang boleh kami usahakan sama-sama.  InsyaALLAH, kami  berharap apa yang di rancang akan terus menjadi dengan izin Allah SWT.

OK, jumpa lagi di posting yang akan datang!

SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.


View Entry

Saturday, November 14th 2009

5:30 PM

INSIGHT OF THE DAY

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.



"A good plan is like a road map: it shows the final destination and usually the best way to get there."


                                                                                                                         H. Stanley Judd
View Entry

Saturday, November 7th 2009

6:00 PM

DOA DAN USAHA YANG BERTERUSAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar rakan-rakan semua?  Semoga semuanya sihat dan bergembira bersama keluarga tersayang dan juga aktiviti masing-masing di hujung minggu ini.

Saya terus mendapat ramai kenalan di Facebook (salah satu laman web kegemaran saya yang terkini).  Ada yang kata, Facebook boleh melalaikan dan lain-lain.  Bagi saya, ini bergantung kepada nawaitu kita!  Wallahualam.  Tak mau sentuh panjang-panjang tentang Facebook, sensitif hehehe!

Alhamdulillah, "CUTE" exam telah dapat saya lalui dan lulus walaupun sebelumnya dengan penuh debaran dan sedikit stress.  Di ketika ini saya menuggu surat perlantikan beserta dengan sijil sebagai Unit Trust Consultant (UTC) daripada Public Mutual melalui upline saya, satu bidang yang baru bagi diri saya namun sungguh berpotensi.  Sebelum ini saya adalah usahawan MLM Smart Naco sejak beberapa tahun yang lalu.  Namun, saya benar-benar yakin, kedua-dua bidang ini boleh berjalan seiring, insyaALLAH!

Saya terus meyakinkan diri saya bahawa

Sayalah Usahawan MLM Smart Naco yang berjaya yang mencapai kedudukan Smart President Director!

Sayalah Unit Trust Consultant yang terbaik antara yang terbaik!

InsyaALLAH ... InsyaALLAH ... InsyaALLAH ... InsyaALLAH ... InsyaALLAH!!!!!  Amin ...

Tindakan diteruskan, usaha digandakan, doa berterusan.

IRAS : IKHAS RAJIN AKAL SABAR

IMFT : IMPIAN MATLAMAT FOKUS TINDAKAN

Ya Allah, jauhilah diriku supaya tidak menjadi Usahawan Yang Hangat-hangat Tahi Ayam!

Anda masih ingat lagi kepada formula-formula di atas?  Juga kepada ungkapan indah yang pernuh bermakna ini?

Jangan bertangguh lagi, jom kita berganding bahu dan bekerjasama semula!  Tiada yang mustahil!  Terus Lakukan ... Kita Lakukan Sama-Sama ... "We Are The Best"

Perhatian :

Kemungkinan besar syarat minima untuk menjadi UTC tahun depan adalah Ijazah.  Jadi, gerakkan rekrutmen anda jika bakal UTC anda yang berpotensi adalah berkelulusan kurang dari itu!

SALAM PERSAUDARAAN, SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN, AMPANG, SELANGOR!

 

View Entry

Wednesday, October 28th 2009

10:30 AM

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT APA YANG ANDA INGINKAN DENGAN "LAW OF ATTRACTION"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah seseorang yang kurang pandai daripada anda, paras rupanya pun tak setanding anda, tak kreatif dan tak pandai bergaul tetapi mencapai banyak kejayaan.

Manakala, ANDA yang lebih bijak, lebih pandai, lebih kreatif, lebih cantik, lebih hensem, lebih pandai bergaul masih lagi bersusah payah mengejar impian anda.

Jawapannya terletak pada sesuatu yang kita semua miliki iaitu, MINDSET KITA.

Mindset kita merupakan satu sistem kepercayaan yang menentukan arah hidup ataupun kualiti hidup kita. Ia merupakan satu anugerah tuhan yang penting yang membolehkan kita mencipta masa depan kita sendiri.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anda memerlukan mindset yang betul untuk mendapat apa yang anda inginkan. Mindset yang salah akan menghasilkan keputusan yang tidak diingini.

Jadi, apakah mindset yang betul?

Ia bergantung kepada apa yang anda inginkan. Salah satu cara yang baik untuk memastikan anda mempunyai mindset yang betul ialah, belajar mindset seseorang yang telah mendapat apa yang anda inginkan.

Jika anda ingin memulakan perniagaan sendiri, belajarlah daripada mereka yang sudah memiliki perniagaan yang menguntungkan.  Berbual-bual dengan mereka dan anda akan dapat belajar banyak perkara.

Adakah mereka berasa cemas semasa membuat keputusan atau tenang?

Bagaimanakah mereka melihat kegagalan? Adakah mereka berasa kecewa atau belajar daripada kegagalan dan bertindak dengan lebih agresif lagi?

Bagaimana pula minda mereka bekerja semasa mereka menghadapi soal kewangan? Adakah mereka merungut sahaja ataupun mencari jalan serta merta?

Adakah mereka takut akan persaingan, menumpaskan pesaing ataupun bekerjasama dengan pesaing?

Anda dapat belajar semua ini melalui perbualan dengan mereka, temuramah di TV, buku-buku, seminar dan sebagainya.

Langkah seterusnya ...

Langkah seterusnya ialah menukar mindset serta kepercayaan anda.

Selepas anda mengkaji mindset orang-orang yang berjaya, anda MESTI berfikir seperti mereka dan mempunyai kepercayaan yang sama dengan mereka. Jika anda kekal dengan mindset lama anda, anda akan mendapat apa yang anda selalu dapat.

Menurut Law of Attraction, anda mesti percaya, percaya dan terus percaya bahawa anda MESTI boleh mendapatkannya. Tiada ruang untuk keraguan. Anda mesti betul-betul percaya pada keinginan anda.

Perlukah saya mengambil tindakan?

Sudah tentu! Kuasa kepercayaan anda menguatkan lagi kuasa tindakan anda. Tindakan anda MESTIlah selari dengan keinginan anda.  Jika anda ingin mempunyai keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri, anda mempunyai mindset yang betul, tetapi setiap hari tengok TV je, adakah anda rasa anda akan berjaya? Jawapannya TIDAK!

Ambil tindakan hari ini juga dan lihatlah kesannya.

Tulisan : Saudara Raymond Chua

SALAM KECERIAAN DAN SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

View Entry

Thursday, October 22nd 2009

10:30 AM

EXAM DAN KELAS SUSULAN EVOLUSI MINDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi sempat ber'coaching' dengan Mentor di online.  Exam yang bakal diduduki pada minggu depan memerlukan sepenuh perhatian dan fokus agar tidak tercicir info dan formula yang diperlukan semasa exam tersebut.  Tak sedar jam dah menunjukkan lebih pukul 12.00 pagi.  Namun, ini bukanlah waktu yang palilng lewat pernah saya beronline, kerana sebagai usahawan online saya pernah tidak tidor sampai ke jam 3.00 pagi.  Alhamdulillah, apa yang diulangkaji semakin dapat diterima kerana minda saya memainkan peranan.

Berkenaan dengan bisnes Smart Naco, dalam seminggu-dua ini terpaksa saya perlahankan untuk memberi tumpuan kepada exam.  Ada kemungkinan saya tidak dapat mencapai target untuk bulan Oktober ini.  Dah bukan rezeki saya, tak nak komen panjang-panjang.  InsyaAllah, selepas mendapat lesen, saya akan fokus sebaiknya kepada dua bidang ini.  Walapupun bagaimanapun, masih dapat lagi close seorang prospek dari Johor Baru.  Pada mulanya beliau nak beli 1 kotak Bio-Young sahaja.  Kemudian bila dah berbincang secara ringkas, beliau tertarik hati dengan promosi di bulan Oktober ini iaitu beli 3 kotak Bio-Young dengan harga RM360, keahlian percuma.  Ini kerana penjimatan yang amat banyak yang tidak mahu beliau lepaskan.  Hehehe ... minda juga memainkan peranan.

Menyentuh tentang minda, saya pada mulanya seperti tidak dapat menghadiri kelas susulan Evolusi Minda bersama Puan Hajah Arina Abas pada petang Sabtu ini (24 Oktober 2009), kerana risaukan exam.  Namun setelah fokus kepada ulangkaji malam tadi, saya dapat satu kekuatan yang menyeronokkan iaitu saya tak mahu melepaskan segala peluang yang disediakan di depan saya.  Exam pun akan saya lalui sebaiknya dan ilmu tambahan pun akan saya bina sebanyaknya, insyaAllah!

Di bawah ini saya sertakan satu video tentang saudara Hasbul Arif yang saya kenali secara peribadi melalui bisnes Smart Naco.  Seorang yang masih muda tetapi telah mendapat kejayaan yang begitu besar.  Banyak juga tips yang telah beliau kongsikan kepada saya.  Alhamdulillah.   Sebenarnya setiap kali saya menonton video ini, ianya memberi semangat dan kekuatan yang hebat kepada saya, selain dari sokongan mentor, sokongan suami dan anak-anak, sokongan dari ahli keluarga sendiri serta sokongan teman-teman sejati!  Amin.

Jom kita saksikan :

Jumpa lagi di lain posting.

SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

 

View Entry

Tuesday, October 20th 2009

12:05 AM

ALHAMDULILLAH ... SEGALA YANG DIRANCANG BERJALAN LANCAR!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, malam ini saya berpeluang meng'update' blog kesayangan saya ini.  Di sinilah segala-galanya bermula dan melalui blog inilah ramai orang mengenali saya  sebagai usahawan Smart Naco terutama di kalangan rakan niaga dan pelanggan-pelanggan saya.

Bukan kerana tiada idea atau kekurangan semangat, tetapi dalam masa yang sama terus merancang dan merancang serta sibuk dengan tugas di pejabat.  Saya ingin terus memastikan bahawa perjalanan bisnes Smart Naco saya tidak akan terhenti separuh jalan seperti yang diinginkan oleh ramai saingan-saingan kami di luar sana!  Allah SWT terus memberi kekuatan fizikal, mental dan semangat kepada saya untuk meneruskan bisnes MLM ini.

Pada bulan September 2009 yang lepas, saya masih dapat mendaftar beberapa orang ahli baru dengan pembelian 200PV.  Sales untuk bulan tersebut juga semakin baik.  Petang tadi saya juga menerima tempahan Bio-Young dari Johor Baharu.  Saya terus yakin, bisnes MLM Smart Naco semakin konsisten dan mantap walaupun terpaksa mengharungi pelbagai tomahan dan dugaan.  Maka, saya akan terus melakukan bisnes ini dengan sebaiknya.  InsyaAllah, satu ketika nanti saya adalah SPD Normala Binti Shamsuddin!!!

Terima kasih kepada Encik Azhar (Pengurus Pemasaran Smart Naco) serta Encik Yunus (Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran Smart Naco) yang tidak pernah jemu-jemu menghubungi saya dan memberi sokongan yang sepatutnya.

Kini, saya memulakan langkah baru ... satu langkah yang berbeza dari MLM iaitu sebagai Unit Trust Consultant yang berdaftar dengan FIMM, di bawah bimbingan Favourite Mentor saya iaitu Encik Zulkifli Hassan dan Group Agency Manager, Encik Rodaini yang juga merupakan sahabat kepada Encik Zul, juga berasal dari Balik Pulau.  Bidang Unit Trust dan MLM adalah dua bidang yang berbeza.  InsyaAllah saya akan meneruskan kedua-dua bidang yang diminati dan berpotensi ini dengan penuh tabah dan keyakinan.  Kepada anda yang ingin melabur atau menambah pelaburan, boleh hubungi saya!

Sekian coretan saya untuk kali ini.

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM PERSAUDARAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.


View Entry

Sunday, October 4th 2009

12:45 PM

PROMOSI ALFALFA - 206 PV (KEAHLIAN PERCUMA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

View Entry

Thursday, September 17th 2009

1:33 PM

SALAM EIDUL FIRTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar rakan-rakan niaga dan pelawat-pelawat blog ini?  Semoga puasa Ramadhan ini dapat kita sempurnakan sebaiknya ya!

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua dan agar terus gembira dan diberkati oleh Allah SWT.

Saya juga memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran, samada yang sengaja atau tidak disengajakan!

 

Selesai je cuti raya, kita gempur semula biz bersama Smart Naco!!!

*** YAKIN BOLEH PASTI BOLEH ***

 

View Entry

Tuesday, September 8th 2009

8:45 AM

QUOTE OF THE DAY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

“Champions aren't made in gyms. Champions are made from  something they have deep inside   them - a desire, a dream, a vision. They have to have the skill, and the will. But the will must be stronger than the skill.”

—Muhammad Ali [Cassius Clay]
(b. 1942); athlete, boxer

 

 

Jumpa anda di PUNCAK KEJAYAAN!

 

View Entry

Thursday, July 30th 2009

6:30 PM

LINDUNGI DIRI KITA SEMUA DARI WABAK INFLUENZA H1N1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

InsyaAllah, marilah kita selalu berdoa dan berusaha melindungi diri kita dan keluarga serta teman-teman dan insan-insan yang kita sayangi dari Wabak Influenza H1Ni.

Bagaimana wabak ini menular?

 

Salah satu langkah atau cara untuk melindungi Wabak Inlfuenza H1N1 :

SALAM KECERIAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

 

View Entry

Tuesday, July 28th 2009

1:15 PM

PENERANGAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semalam, 27 Julai 2009 (Isnin), saya ada menulis, antaranya seperti di bawah :

" Saya senang dengan pengurusan dan kakitangan SN serta produk-produk terbaik SN.  Walaupun tidak semua yang saya minta, mereka penuhi dan tidak semua yang saya minta, tidak mereka penuhi.  Apa yang lebih penting, mereka tetap memberi sokongan kepada saya.  Seperti yang pernah saya katakan dulu, selagi SN masih kukuh (saya yakin SN masih berpotensi) dan tidak pernah gagal memberi bonus kepada ahli-ahli, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya, insyaAllah! "

Keterangan :

Tulisan di atas tidak ditujukan kepada mana-mana individu atau team yang pernah bergabung dengan Smart Naco (SN) satu ketika dulu.  Ianya lahir dari hati saya sendiri yang pernah terlibat secara lansung dengan Mr Y C Chong (Product Consultant, SN) dan Encik Azhar (Marketing Manager, SN).  Saya juga tidak berniat untuk tidak mengambil peduli pandangan leader-leader lain yang telah tidak sehaluan dengan SN.

Apa yang saya curahkan di sini adalah lahir dari suara hati saya, tentang diri saya yang mengalami sendiri situasi sebegini akibat dari tindakan saya sendiri, tanpa didorong atau dihasut oleh mana-mana pihak!  Selebihnya, dari pengalaman saya sendiri yang pernah menyertai beberapa bisnes MLM yang lain (walaupun tidak mencapai pencapaian besar @ terbaik).

Saya meneruskan bisnes MLM SN bukan semata-mata mengikut kata hati dalam keadaan tension.  Kerana saya juga mengambil masa untuk meneliti dan berdoa. Syukur Alhamdulillah inilah yang Allah SWT berikan kepada saya pada masa ini, walaupun dalam hati saya masih ada sedikit kecelaruan.  Namun saya yakin, inilah bisnes yang telah disediakan untuk saya.  Apa yang akan berlaku di masa-masa akan datang, Allah SWT juga yang akan menentukannya!

Mungkin juga satu hati nanti saya akan terlibat secara lansung sebagai Unit Trust Agent disamping kerjaya sebagai Usahawan MLM!  Pun juga, Allah SWT yang berkuasa merealisasikan impian saya!!

Mengapa saya memberi keterangan ini?

Kerana saya didatangi oleh satu SMS berbaur penghinaan dengan perkataan yang kurang menyenangkan, mengutuk saya dan SN.  Saya tidak mengenali siapakah pengirimnya tapi tidak mustahil saya boleh trace pemiliknya, jika saya mahu (sekiranya tidak menyalahi undang-undang).  Tapi saya memilih untuk mendelete sms tersebut, sebelum ianya "terbaca" oleh anak-anak saya.  Lagipun, saya tak nak peningkan kepala saya dengan perkataan yang kurang bermoral.

Well, SN bukan syarikat mak bapak saya.  Apa yang saya usahakan adalah untuk mendapat pendapatan tambahan yang halal, disamping berkongsi kebaikan produk dan kesihatan yang baik dengan insan-insan lain.

SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

 

View Entry

Monday, July 27th 2009

10:20 AM

BISNES SMART NACO MASIH KUKUH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke blog saya, kepada sesiapa yang masih sudi singgah di sini.

Ketika saya masih bersama SST, saya dan team kami selalu dikutuk dan dicerca dengan berbagai tomahan.  Alhamdulillah, saya semakin berani dan yakin kepada apa yang saya pilih dan lakukan.  Kini, saya memilih haluan iaitu masih bersama Smart Naco iaitu bisnes pilihan saya sendiri.  Saya masih dicerca!   Siapakah anda sebenarnya, bukan persoalan kepada saya.  Saya dan anda semua berhak memberi pendapat dan tanggapan!

Well, "leadership is action not position".  Memang benar, walapun position juga penting untuk kita mengejar impian kerana kita tahu tahap mana yang kita inginkan, tetapi bagi sesetengah leader yang hanya pandai berkokok seperti ayam jantan yang bertaji dan memiliki balong indah berkilauan, pada pendapat saya, ia tidak memberi apa-apa kesan mendalam.  InsyaAllah, saya terus menimba pengalaman sepanjang perjalanan saya menuju Impian.  Semoga, apa yang buruk dapat saya ketepikan dan tingalkan, manakala yang baik saya pilih dan lakukan untuk kebaikan bersama!

Semua insan ada IMPIAN masing-masing.  Terpulang kepada diri kita sendiri, samada ingin terus mencapai Impian tersebut atau kita rasa, ianya sudah tidak relevant lagi.

Saya akan terus berusaha mencapai Impian saya melalui bisnes Smart Naco.  Di masa-masa hadapan, hanya Allah SWT yang memberi ketentuan. 

Saya senang dengan pengurusan dan kakitangan SN serta produk-produk terbaik SN.  Walaupun tidak semua yang saya minta, mereka penuhi dan tidak semua yang saya minta, tidak mereka penuhi.  Apa yang lebih penting, mereka tetap memberi sokongan kepada saya.  Seperti yang pernah saya katakan dulu, selagi SN masih kukuh (saya yakin SN masih berpotensi) dan tidak pernah gagal memberi bonus kepada ahli-ahli, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya, insyaAllah!

Namun, saya juga akan menjadi pengguna kepada mana-mana produk syarikat MLM yang lain sekiranya perlu.  Rasional:  Saya telah membayar yuran keahlian syarikat MLM tersebut, mengapa saya tidak boleh membeli dan menggunakan produk mereka???

Tiada syarikat atau bisnes yang tidak bermasalah.  Cuma diri kita sendiri yang perlu menyesuaikan diri.  Kalau nak fikirkan masalah sahaja, apa-apa tindakan pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.  Ramai yang kata, SN telah terkubur dan IgG Plus mendapat saingan yang hebat dari produk jenama Ig atau susu berkolostrum yang lain.  Namun, pendapat peribadi saya, produk berjenama IgG Plus tetap ada value tersendiri dan tidak mustahil, produk ini akan menjadi antara produk yang unggul seperti Colgate dan Milo.  Walaupun, telah banyak jenama lain yang masuk ke pasaran cuba menyamai Colgate dan Milo contohnya, namun akhirnya, jenama-jenama ini (Colgate dan Milo) yang masih meniti di bibir pengguna dan tetap tinggi permintaan!

Akhir sekali, saya tidak menyatakan bahawa Smart Naco adalah bisnes pilihan yang terbaik.  Namun, Smart Naco adalah antara SYARIKAT MLM TEMPATAN terbaik di Malaysia ini untuk kita menambah pendapatan dengan modal yang rendah dan landasan yang sesuai untuk mencapai IMPIAN.  InsyaAllah, SN akan mengeluarkan beberapa produk terbaru untuk memenuhi permintaan pengguna terutama wanita (produk berkolostrum seperti lipstik dll). 

Encik Zulkifli Hassan masih Mentor saya, walaupun haluan kami mungkin sedikit berbeza masa kini.  Saya pun dah berbincang dengan suami, dan beliau menerima pendapat saya meskipun beliau ingin saya menyertai bidang yang sama dengan apa yang beliau ceburi.  Kami ada sebab dan pendapat, mengapa kami tidak dapat  berganding bahu dalam bisnes sampingan kami.  Juga, kami dah sama-sama bersetuju dalam hal ini, jadi tidak timbul sebarang masalah peribadi!

SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

View Entry

Friday, July 17th 2009

2:15 PM

LEADERSHIP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Leadership is action, not position

Try not to become a man of success but a man of value



Salam kejayaan, salam keceriaan dan salam kecemerlangan dari saya, Normala Shamsuddin, Ampang - Selangor.


View Entry

Monday, June 15th 2009

1:35 PM

EVOLUSI MINDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya terus bernafas dan memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan (apa saja perjuangan yang perlu saya lakukan).

Seterusnya kepada suami saya dan anak-anak yang disayangi kerana terus memberi saya kepercayaan dan sokongan serta yakin akan keupayaan saya dalam bisnes MLM.

Seterusnya kepada Linn Comel dan Puan Arina kerana telah memberi perangsang kepada saya dalam memilih hala-tuju dan supaya fokus pada bisnes yang telah di pilih (saya juga telah melaksanakan solat sunat Duha beberapa kali serta teknik air dalam gelas).  Terima kasih juga kepada Encik Hasbul Arif yang telah mengenalkan saya kepada Puan Arina!   Entry menarik di blog Linn Comel - Tanya Hati Kita.

Tidak ketinggalan kepada Mentor yang saya hormati yang banyak memberi nasihat dan sokongan (walaupun beliau bersikap neutral dalam beberapa hal).

InsyaAllah dengan sokongan dan nasihat dari insan-insan ini, saya akan meneruskan perjuangan saya yang seakan-akan terhenti.  Apapun, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi dan akan kita ketahui sekiranya kita tabah dan redha melalui perkara-perkara tersebut.

Pada 7 Jun 2009 (Ahad) yang lepas, saya telah berpeluang menghadiri Seminar Evolusi Minda di Hotel Armada, Petaling Jaya yang dikendalikan oleh Puan Hajah Arina Abas.  Seminar satu hari ini memberi makna kepada diri saya.  InsyaAllah satu hari nanti saya sendiri akan menyediakan testimoni (kisah benar ) tentang apakah perubahan dan kejayaan seterusnya!


Ini adalah YouTube yang disediakan oleh Encik Yusmi, suami kepada Puan Arina.  Beberapa rakan yang hadir di Seminar tersebut, memberi pendapat dan pengalaman mereka!




Manakala yang ini pula adalah pengalaman dan testimoni dari usahawan-usahawan muda yang pernah menyertai Seminar Evolusi Minda.  Memang hebat!


Dengan ilmu-ilmu dan tips yang dikongsikan oleh Puan Arina, saya kini sedang berusaha untuk melaksanakan dengan sebaiknya.  Hasilnya nanti insyaAllah akan saya kongsikan kepada anda semua.

SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.


View Entry

Wednesday, May 27th 2009

2:30 AM

SAAT GEMILANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila kita bebas memilih sesuatu yang kita yakin terbaik untuk diri kita dan disokong oleh insan-insan yang diperlukan di sekeliling kita, pada saya itulah saat-saat bahagia dan gemilang Allah SWT telah memilihkan untuk saya lorong yang patut saya ikuti, jadi kenapa saya perlu ragu-ragu setelah mendapat petunjuk dan rahmat dariNya.

Bila terjadinya sesuatu perkara yang walaupun kita tidak suka, namun memang tersedia hikmah di sebaliknya. Yakinlah!

Terima kasih kepada SST yang telah membesar dan mendidik saya selama 3 tahun dan kini saya semakin mengenal jati diri dan sedikit sebanyak potensi diri sendiri.



SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

View Entry

Friday, May 22nd 2009

12:40 AM

SANTAI SEBENTAR BERSAMA SUARA LUNAK YUNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kehidupan ini samada kehidupan peribadi atau pun bisnes, kita tidak dapat lari dari persekitaran yang negative.  Kalau kita turutkan hati dan perasaan, perkara negative memang menyesakkan, tetapi saya memilih untuk tidak menyesakkan diri saya dengan perkara-perkara yang remeh temeh.  Masih ingin menuduh saya dengan perkataan-perkataan yang boleh menjatuhkan maruah saya .. teruskan.  Terima kasih ... 

Tiada perasaan marah, benci, dendam dan menyalahkan orang lain ketika saya menulis di blog ini pada ketika ini.  Saya lebih suka berterus terang dan 'straight to the point'. 

Untuk saat ini, JOM KITA ENJOY!!!

DEEPER CONVERSATION


DAN SEBENARNYA




SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.


View Entry

Tuesday, May 19th 2009

6:15 PM

"SELF IMROVEMENT" - KECEKALAN/PERSISTENSI ADALAH KUNCI KEJAYAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya tergerak hati menulis di blog pada petang ini berdasarkan pengalaman saya dan juga setelah membaca artikel yang di kirimkan oleh seorang kenalan di Online.

3 perkara penting terkini yang saya pelajari ialah :

1)  Meletakkan keperluan diri sendiri dan keluarga adalah lebih utama, melebihi keperluan orang lain.  Tetapi ini bukan bermakna saya mesti bersikap 'selfish' bila khidmat saya diperlukan;

2)  Jangan mengharap.  Lakukan sendiri.  Maka saya perlu mengasah potensi diri saya dan sentiasa bersedia supaya tidak 'kecundang' di setiap perjuangan; dan


3)  Jangan terus yakin kepada taburan janji-janji kepada kita, kerana janji tersebut boleh "tidak dilaksanakan" atas kepentingan peribadi.

Saya tidak mengatakan bahawa saya telah gagal, malahan saya semakin kuat dan tabah mengharungi 'permainan' perniagaan.  Malahan saya tidak kecewa.  Contohnya - dari seorang yang kurang mahir menggunakan mesin akupuntur, saya semakin berani dan yakin menggunakan peralatan tersebut bila terdesak.  Jadi, saya akan terus meningkatkan pengetahuan dan skill saya dalam bidang ini.

Walaupun apapun, ini menunjukkan bahawa perniagaan K-Link International terus menerus meningkat dan hebat sehinggakan di setiap ketika, memang amat payah untuk mendapatkan jadual terluang leader-leader berpengalaman.  Saya merasa  amat bertuah kerana ujian semakin kental dan pengalaman serta pengetahuan saya juga semakin mendalam.  Dari masa ke semasa saya perlu menyediakan senjata serta bersaing secara sihat agar diri saya juga berkebolehan dan berjaya dan terus menikmati ganjaranNya!

Dalam saya meneruskan perjuangan, proses penolakan dan penerimaan tetap berlaku.

Persistensi adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu
matlamat. Kejayaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.  Kalau ia sesuatu yang mudah maka pastilah tiada manusia gagal. Sedangkan kajian menunjukkan 95% daripada manusia, selepas usia 55 tahun hanya hidup bergantung kepada duit pencen. Itu bagi yang bekerja kerajaan. Jauh sekali mereka ketika itu mencapai tahap yang boleh dikatakan "financially independent" . Begitu juga dengan pelajar, kajian menunjukkan setiap tahun hanya 13% - 14% pelajar yang mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.  Bagi yang kini berada di institusi pengajian tinggi pula, 80% daripada mereka menamatkan pengajian setakat ijazah kelas kedua atau ketiga.

Fenomena di atas jelas menunjukkan ramai manusia gagal mencapai yang terbaik kerana cepat berpuashati dengan pencapaian mereka.  Ada sesetengahnya cuba melakukan lebih jauh tetapi akhirnya merasa kecewa hanya setelah beberapa kali sahaja mencuba. Saya teringat baris kata-kata yang pernah saya terbaca dahulu, "When the going gets tough, the tough get going", dan satu lagi, "Quitters never win and winners never quit". Kata-kata ini telah sekian lama saya sematkan dalam hati saya dan dijadikan azimat bagi meraih kekuatan setiap kali berhadapan dengan cabaran atau ketika berada diambang kegagalan. Dengan sikap persistensi yang tinggi sesiapa sahaja boleh berjaya. Hanya faktor masa sahaja menjadi penentu kejayaan itu.


Seorang jurujual yang berjaya cukup faham dengan teori persistensi ini. Fikiran mereka telah diprogramkan bahawa untuk melakukan satu jualan yang berjaya mereka perlu menemui 10 orang pelanggan berpotensi. Dengan fahaman matematik yang cukup mudah ini mereka berusaha tanpa kenal erti jemu. Setelah satu kegagalan mereka merasa lebih gembira kerana mereka cuma tinggal 9 orang lagi sebelum mendapat kejayaan. Mereka terus berusaha dan kejayaan jualan pertama itu mungkin terletak pada cubaan yang ke-5, ke-7 atau ke-10. Meski pun mereka gagal membuat jualan dalam 10 cubaaan pertama, mereka tetap tidak putus asa. Sebab kemungkinan pula dalam cubaan ke-11 atau ke-12 kejayaan mula menjelma.

Seperti di K-Link, kami telah ada 100 usahawan yang berpangkat Crown Ambassador (CA).  Maka orang akan mengatakan kenapa kita perlu menyertai K-Link sedangkan syarikat ini telah lama ujud dan terlalu banyak persaingan.  Bagi saya, ini bukanlah persoalannya.  Saya dan rakan-rakan yang lain juga boleh mencapai peringkat tersebut iaitu CA tetapi mungkin CA yang ke 101 atau 102 atau seterusnya, ya sebagai CA yang lebih berkualiti dan berdedikasi! Namun semua itu bergantung kepada sejauh mana usaha kita dan kesanggupan kita menguasai kuasa persistensi tersebut!  InsyaAllah saya akan terus persisten dan konsisten dalam perjuangan ini!  YAKIN BOLEH PASTI BOLEH DAN TERUS LAKUKAN!!!

Kini telah jelas bahawa persistensi adalah senjata utama menuju kemenangan maka kenapa pula anda perlu cepat putus asa? Dalam kehidupan ini kegagalan adalah pengalaman bagi mereka yang persisten tetapi sebaliknya adalah kematian bagi mereka yang putus asa. Kalau anda seorang pelajar, kini soal lah diri anda sendiri, adakah anda telah mencuba ribuan kali untuk menyelesaikan satu soalan matematik atau sains yang mencabar? Ratusan kali? Puluhan kali?  Jawapannya pastinya tidakk... anda cuma mencuba beberapa kali dan akhirnya putus asa.

Kalau inilah cara anda bagaimana mampu anda letakkan
nama anda sebaris dengan mereka yang telah berjaya? Bagaimana pula jika anda seorang dewasa? Pekerja ? Ibu/Bapa ? sudah pasti cabaran yang dihadapan anda amat mengerunkan bukan? Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan putus asa dalam usaha. Anda tidak boleh gagal walau atas alasan apa sekalipun. Jadikan setiap kegagalan itu satu pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu milik anda kerana kuasa persistensi yang ada dalam diri.

Catatan :

Tulisan dalam bentuk Italic adalah petikan dari artikel yang saya ubah suai untuk maksud saya di blog ini.


SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KEUSAHAWAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG,SELANGOR.

View Entry

Friday, May 15th 2009

11:30 AM

PERSAINGAN DALAM BISNES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada insan-insan di dunia ini tidak pernah rasa senang dengan usaha dan kejayaan insan-insan lain.  Mereka lebih suka berlumba-lumba dan cuba menjatuhkan maruah dan juga bisnes insan lain dengan cara yang tidak sesuai. Malahan apa saja langkah dan pembaharuan yang dilakukan, pasti mendapat cemuhan dan tomahan.  Inilah dia asam garam yang perlu kita rasa bila kita berada dalam dunia perniagaan.  Kalaulah boleh agaknya ... mereka nak kita ni dok ikut aje apa bisnes yang mereka lakukan ... barulah mereka tutup mulut agaknya!

Perlukah kita bersaing?  Petikan dari post entry Linn Comel di Blog Beliau http://linncomel.com

Linn ada menerima satu email yang bercerita tentang insan yang tidak mempunyai kekuatan untuk bersaing dalam perniagaan yang dijalankan.

Linn menulis : "Bagi saya persaingan itu penting, tetapi tidak perlu kita bersaing untuk mengalahkan orang lain.

Mengapa? ini kerana rezeki sudah disediakan oleh ALLAH, dan juga sudah diatur oleh ALLAH untuk kita.  Malahan jika ALLAH memberikan rezeki kepada kita,ALLAH tidak akan mengurangkan rezeki individu yang lain, kerana rezeki dari ALLAH adalah melimpah kerana ALLAH adalah sumber dari segala sumber.

Untuk berniaga kita tidak perlu fokus kepada persaingan untuk bersaing dengan orang lain, tetapi tukar fokus anda kepada bagaimana untuk memajukan perniagaan.

Jadi apa yang perlu dilakukan ialah banyakkan berdoa dan tingkatkan usaha yang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan".

SALAM PERJUANGAN YANG POSITIF DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR!



View Entry

Sunday, May 10th 2009

12:30 PM

k-PUYIKANG - JUALAN RM800 JUTA SETAHUN (GLOBAL)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.





K-Puyikang adalah produk kebersihan wanita unik yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah kewanitaan seperti keputihan (leukorea) dan masalah sepertinya, lelehan dan bau yang kurang menyenangkan, jangkitan bakteria dan virus, pembengkakkan serta lain-lain gangguan yang berkenaan dengan leukorea.

K-Puyikang membantu membersihkan lelehan daripada faraj dan bakteria yang menyebabkan bau busuk serta melakukan pembersihan dinding faraj secara melegakan. Ia juga membantu menguatkan otot-otot kewanitaan dengan bertambahnya kekenyalan dan kesempitan sekaligus mengembalikan sensitiviti bahagian sulit wanita. Penggunaan yang kerap dapat membantu mengawal menstruasi dan menyelesaikan pelbagai masalah kewanitaan.

K-Puyikang akan memberi anda keyakinan untuk menjadi wanita yang anda impikan!

SALAM KECERIAAN DAN SALAM KEBAHAGIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.

View Entry

Wednesday, May 6th 2009

12:52 AM

SISTEM SOKONGAN K-SYSTEM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya difahamkan bahawa ramai pengedar bisnes MLM cuba menjalankan perniagaan menggunakan strategi-strategi pemasaran konvensional tanpa menyedari asas rangkaian yang dibina adalah rapuh dan tidak dapat bertahan lama.  Hal ini menyebabkan timbul pendapat bahawa usaha MLM adalah usaha semusim yang tidak akan bertahan lama.  Sebenarnya jika seorang pengedar memahami bagaimana membangunkan rangkaian dengan betul dan mantap, bisnes MLM merupakan bisnes yang dapat menguntungkan dan merealisasikan impian sesiapa yang benar-benar mahu bekerja.

Saya dulu pernah tergolong dalam kumpulan insan yang kurang memahami tentang konsep MLM, tidak begitu sabar, malas nak mendalami pengetahuan dalam bidang MLM dan lebih suka menyalahkan orang lain bila saya tersangkut dalam satu-satu syarikat MLM.  Namun, semenjak saya melibatkan diri bersama team yang sesuai dan mantap sejak tiga (3) tahun yang lepas, pemikiran saya terus berubah dan tindakan juga lebih matang serta lebih bersedia.

Syukur alhamdulillah, kini saya dan rakan-rakan meneruskan perjuangan untuk membina kejayaan sebagai usahawan K-Link yang berjaya.  Sebagai pengedar @ usahawan K-Link, kami didedahkan dengan K-SYSTEM yang perlu kami ikuti secara menyeluruh sebagai salah satu syarat untuk berjaya.

K-System menjawab permasalahan melalui sistem sokongannya yang menunjukkan arah dan panduan yang membantu kami dalam mencari dan melatih rangkaian bisnes yang mantap.  Kami dilatih untuk mengenalpasti mereka yang bukan hanya mempunyai impian tetapi juga mahu sama-sama berusaha untuk merealisasikannya menjadi kenyataan.  Insan-insan seperti inilah calon-calon pemimpin terbaik dalam rangkaian bisnes kami kerana mempunyai keinginan untuk terus maju, lebih dari insan lain yang telah berasa cukup ataupun berada di zone selesa!

Saya sendiri dapat merasakan bahawa K-SYSTEM dibuat sesederhana mungkin namun sangat efektif.  Ia mampu dan patut dilakukan oleh semua pengedar walaupun dengan latar-belakang yang berbeza.  K-SYSTEM juga menunjukkan satu langkah jelas untuk diikuti dan mudah untuk diduplikasikan.  Duplikasi adalah kunci kejayaan dalam membentuk jaringan bisnes MLM yang besar dan mantap.

Menjalankan bisnes bersama K-Link International melalui program K-SYSTEM, kami pasti akan meraih kejayaan, juga untuk memperoleh pendapatan yang lebih banyak, kebebasan waktu, dalam satu masa relative singkat di dalam kehidupan kami, insyaAllah!

Dalam program K-SYSTEM, kami mempunyai sebuah team dalam jalur sponsoring yang akan membantu dan menyokong kami.

K-SYSTEM merupakan sistem sokongan bisnes K-Link International.  Melalui sistem yang mantap dan berkesan, kami akan terus berusaha dan tidak akan menyerah kalah.  KEJAYAAN menanti kami, insyaAllah!!!

View Entry