JARINGAN NORMALA SHAMSUDDIN
(Pendapatan Tambahan @ Sepenuh Masa)
Bekerja Dari Rumah & Di Mana Saja Kita Berada
Melakukan Bisnes MLM Tak Lagi Memenatkan ... Malahan Kita Ada Masa Yang Lebih Untuk Bersama Keluarga
Hanya Meluangkan Masa Minima 2 Jam Sehari ... MenDuplikasi Sistem Yang Disediakan ... Boleh Meraih Pendapatan Memuaskan
* * * YAKIN BOLEH PASTI BOLEH ... KITA LAKUKAN SAMA-SAMA***
Untuk keterangan lanjut & pembelian produk, sila hubungi :
Normala Shamsuddin - Kuala Lumpur
6012-248 3009
ainaa_adam@yahoo.com
YM : ainaa_adam
Skype : normalanaco
|
|
|
CellRenew |
|
|
|
Minuman Berkhasiat Alfalfa |
Terima Kasih..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam tadi sempat ber'coaching' dengan Mentor di online. Exam yang bakal diduduki pada minggu depan memerlukan sepenuh perhatian dan fokus agar tidak tercicir info dan formula yang diperlukan semasa exam tersebut. Tak sedar jam dah menunjukkan lebih pukul 12.00 pagi. Namun, ini bukanlah waktu yang palilng lewat pernah saya beronline, kerana sebagai usahawan online saya pernah tidak tidor sampai ke jam 3.00 pagi. Alhamdulillah, apa yang diulangkaji semakin dapat diterima kerana minda saya memainkan peranan.
Berkenaan dengan bisnes Smart Naco, dalam seminggu-dua ini terpaksa saya perlahankan untuk memberi tumpuan kepada exam. Ada kemungkinan saya tidak dapat mencapai target untuk bulan Oktober ini. Dah bukan rezeki saya, tak nak komen panjang-panjang. InsyaAllah, selepas mendapat lesen, saya akan fokus sebaiknya kepada dua bidang ini. Walapupun bagaimanapun, masih dapat lagi close seorang prospek dari Johor Baru. Pada mulanya beliau nak beli 1 kotak Bio-Young sahaja. Kemudian bila dah berbincang secara ringkas, beliau tertarik hati dengan promosi di bulan Oktober ini iaitu beli 3 kotak Bio-Young dengan harga RM360, keahlian percuma. Ini kerana penjimatan yang amat banyak yang tidak mahu beliau lepaskan. Hehehe ... minda juga memainkan peranan.
Menyentuh tentang minda, saya pada mulanya seperti tidak dapat menghadiri kelas susulan Evolusi Minda bersama Puan Hajah Arina Abas pada petang Sabtu ini (24 Oktober 2009), kerana risaukan exam. Namun setelah fokus kepada ulangkaji malam tadi, saya dapat satu kekuatan yang menyeronokkan iaitu saya tak mahu melepaskan segala peluang yang disediakan di depan saya. Exam pun akan saya lalui sebaiknya dan ilmu tambahan pun akan saya bina sebanyaknya, insyaAllah!
Di bawah ini saya sertakan satu video tentang saudara Hasbul Arif yang saya kenali secara peribadi melalui bisnes Smart Naco. Seorang yang masih muda tetapi telah mendapat kejayaan yang begitu besar. Banyak juga tips yang telah beliau kongsikan kepada saya. Alhamdulillah. Sebenarnya setiap kali saya menonton video ini, ianya memberi semangat dan kekuatan yang hebat kepada saya, selain dari sokongan mentor, sokongan suami dan anak-anak, sokongan dari ahli keluarga sendiri serta sokongan teman-teman sejati! Amin.
Jom kita saksikan :
Jumpa lagi di lain posting.
SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.