Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, malam ini saya berpeluang meng'update' blog kesayangan saya ini. Di sinilah segala-galanya bermula dan melalui blog inilah ramai orang mengenali saya sebagai usahawan Smart Naco terutama di kalangan rakan niaga dan pelanggan-pelanggan saya.
Bukan kerana tiada idea atau kekurangan semangat, tetapi dalam masa yang sama terus merancang dan merancang serta sibuk dengan tugas di pejabat. Saya ingin terus memastikan bahawa perjalanan bisnes Smart Naco saya tidak akan terhenti separuh jalan seperti yang diinginkan oleh ramai saingan-saingan kami di luar sana! Allah SWT terus memberi kekuatan fizikal, mental dan semangat kepada saya untuk meneruskan bisnes MLM ini.
Pada bulan September 2009 yang lepas, saya masih dapat mendaftar beberapa orang ahli baru dengan pembelian 200PV. Sales untuk bulan tersebut juga semakin baik. Petang tadi saya juga menerima tempahan Bio-Young dari Johor Baharu. Saya terus yakin, bisnes MLM Smart Naco semakin konsisten dan mantap walaupun terpaksa mengharungi pelbagai tomahan dan dugaan. Maka, saya akan terus melakukan bisnes ini dengan sebaiknya. InsyaAllah, satu ketika nanti saya adalah SPD Normala Binti Shamsuddin!!!
Terima kasih kepada Encik Azhar (Pengurus Pemasaran Smart Naco) serta Encik Yunus (Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran Smart Naco) yang tidak pernah jemu-jemu menghubungi saya dan memberi sokongan yang sepatutnya.
Kini, saya memulakan langkah baru ... satu langkah yang berbeza dari MLM iaitu sebagai Unit Trust Consultant yang berdaftar dengan FIMM, di bawah bimbingan Favourite Mentor saya iaitu Encik Zulkifli Hassan dan Group Agency Manager, Encik Rodaini yang juga merupakan sahabat kepada Encik Zul, juga berasal dari Balik Pulau. Bidang Unit Trust dan MLM adalah dua bidang yang berbeza. InsyaAllah saya akan meneruskan kedua-dua bidang yang diminati dan berpotensi ini dengan penuh tabah dan keyakinan. Kepada anda yang ingin melabur atau menambah pelaburan, boleh hubungi saya!
Sekian coretan saya untuk kali ini.
SALAM PERJUANGAN DAN SALAM PERSAUDARAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.