Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Pertama sekali saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya terus bernafas dan memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan (apa saja perjuangan yang perlu saya lakukan).
Seterusnya kepada suami saya dan anak-anak yang disayangi kerana terus memberi saya kepercayaan dan sokongan serta yakin akan keupayaan saya dalam bisnes MLM.
Seterusnya kepada Linn Comel dan Puan Arina kerana telah memberi perangsang kepada saya dalam memilih hala-tuju dan supaya fokus pada bisnes yang telah di pilih (saya juga telah melaksanakan solat sunat Duha beberapa kali serta teknik air dalam gelas). Terima kasih juga kepada Encik Hasbul Arif yang telah mengenalkan saya kepada Puan Arina! Entry menarik di blog Linn Comel - Tanya Hati Kita.
Tidak ketinggalan kepada Mentor yang saya hormati yang banyak memberi nasihat dan sokongan (walaupun beliau bersikap neutral dalam beberapa hal).
InsyaAllah dengan sokongan dan nasihat dari insan-insan ini, saya akan meneruskan perjuangan saya yang seakan-akan terhenti. Apapun, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi dan akan kita ketahui sekiranya kita tabah dan redha melalui perkara-perkara tersebut.
Pada 7 Jun 2009 (Ahad) yang lepas, saya telah berpeluang menghadiri Seminar Evolusi Minda di Hotel Armada,
Petaling Jaya yang dikendalikan oleh Puan Hajah Arina Abas. Seminar satu hari ini memberi makna kepada diri saya. InsyaAllah satu hari nanti saya sendiri akan menyediakan testimoni (kisah benar
) tentang apakah perubahan dan kejayaan seterusnya!
Manakala yang ini pula adalah pengalaman dan testimoni dari usahawan-usahawan muda yang pernah menyertai Seminar Evolusi Minda. Memang hebat!
Dengan ilmu-ilmu dan tips yang dikongsikan oleh Puan Arina, saya kini sedang berusaha untuk melaksanakan dengan sebaiknya. Hasilnya nanti insyaAllah akan saya kongsikan kepada anda semua.
SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR.