Seorang jurujual yang berjaya cukup faham dengan teori persistensi ini. Fikiran mereka telah diprogramkan bahawa untuk melakukan satu jualan yang berjaya mereka perlu menemui 10 orang pelanggan berpotensi. Dengan fahaman matematik yang cukup mudah ini mereka berusaha tanpa kenal erti jemu. Setelah satu kegagalan mereka merasa lebih gembira kerana mereka cuma tinggal 9 orang lagi sebelum mendapat kejayaan. Mereka terus berusaha dan kejayaan jualan pertama itu mungkin terletak pada cubaan yang ke-5, ke-7 atau ke-10. Meski pun mereka gagal membuat jualan dalam 10 cubaaan pertama, mereka tetap tidak putus asa. Sebab kemungkinan pula dalam cubaan ke-11 atau ke-12 kejayaan mula menjelma.Seperti di K-Link, kami telah ada 100 usahawan yang berpangkat Crown Ambassador (CA). Maka orang akan mengatakan kenapa kita perlu menyertai K-Link sedangkan syarikat ini telah lama ujud dan terlalu banyak persaingan. Bagi saya, ini bukanlah persoalannya. Saya dan rakan-rakan yang lain juga boleh mencapai peringkat tersebut iaitu CA tetapi mungkin CA yang ke 101 atau 102 atau seterusnya, ya sebagai CA yang lebih berkualiti dan berdedikasi! Namun semua itu bergantung kepada sejauh mana usaha kita dan kesanggupan kita menguasai kuasa persistensi tersebut! InsyaAllah saya akan terus persisten dan konsisten dalam perjuangan ini! YAKIN BOLEH PASTI BOLEH DAN TERUS LAKUKAN!!!
Kini telah jelas bahawa persistensi adalah senjata utama menuju kemenangan maka kenapa pula anda perlu cepat putus asa? Dalam kehidupan ini kegagalan adalah pengalaman bagi mereka yang persisten tetapi sebaliknya adalah kematian bagi mereka yang putus asa. Kalau anda seorang pelajar, kini soal lah diri anda sendiri, adakah anda telah mencuba ribuan kali untuk menyelesaikan satu soalan matematik atau sains yang mencabar? Ratusan kali? Puluhan kali? Jawapannya pastinya tidakk... anda cuma mencuba beberapa kali dan akhirnya putus asa.
Kalau inilah cara anda bagaimana mampu anda letakkan nama anda sebaris dengan mereka yang telah berjaya? Bagaimana pula jika anda seorang dewasa? Pekerja ? Ibu/Bapa ? sudah pasti cabaran yang dihadapan anda amat mengerunkan bukan? Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan putus asa dalam usaha. Anda tidak boleh gagal walau atas alasan apa sekalipun. Jadikan setiap kegagalan itu satu pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu milik anda kerana kuasa persistensi yang ada dalam diri.
Catatan :
Tulisan dalam bentuk Italic adalah petikan dari artikel yang saya ubah suai untuk maksud saya di blog ini.
SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KEUSAHAWAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG,SELANGOR.