Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Saya difahamkan bahawa ramai pengedar bisnes MLM cuba menjalankan perniagaan menggunakan strategi-strategi pemasaran konvensional tanpa menyedari asas rangkaian yang dibina adalah rapuh dan tidak dapat bertahan lama. Hal ini menyebabkan timbul pendapat bahawa usaha MLM adalah usaha semusim yang tidak akan bertahan lama. Sebenarnya jika seorang pengedar memahami bagaimana membangunkan rangkaian dengan betul dan mantap, bisnes MLM merupakan bisnes yang dapat menguntungkan dan merealisasikan impian sesiapa yang benar-benar mahu bekerja.
Saya dulu pernah tergolong dalam kumpulan insan yang kurang memahami tentang konsep MLM, tidak begitu sabar, malas nak mendalami pengetahuan dalam bidang MLM dan lebih suka menyalahkan orang lain bila saya tersangkut dalam satu-satu syarikat MLM. Namun, semenjak saya melibatkan diri bersama team yang sesuai dan mantap sejak tiga (3) tahun yang lepas, pemikiran saya terus berubah dan tindakan juga lebih matang serta lebih bersedia.
Syukur alhamdulillah, kini saya dan rakan-rakan meneruskan perjuangan untuk membina kejayaan sebagai usahawan K-Link yang berjaya. Sebagai pengedar @ usahawan K-Link, kami didedahkan dengan K-SYSTEM yang perlu kami ikuti secara menyeluruh sebagai salah satu syarat untuk berjaya.
K-System menjawab permasalahan melalui sistem sokongannya yang menunjukkan arah dan panduan yang membantu kami dalam mencari dan melatih rangkaian bisnes yang mantap. Kami dilatih untuk mengenalpasti mereka yang bukan hanya mempunyai impian tetapi juga mahu sama-sama berusaha untuk merealisasikannya menjadi kenyataan. Insan-insan seperti inilah calon-calon pemimpin terbaik dalam rangkaian bisnes kami kerana mempunyai keinginan untuk terus maju, lebih dari insan lain yang telah berasa cukup ataupun berada di zone selesa!
Saya sendiri dapat merasakan bahawa K-SYSTEM dibuat sesederhana mungkin namun sangat efektif. Ia mampu dan patut dilakukan oleh semua pengedar walaupun dengan latar-belakang yang berbeza. K-SYSTEM juga menunjukkan satu langkah jelas untuk diikuti dan mudah untuk diduplikasikan. Duplikasi adalah kunci kejayaan dalam membentuk jaringan bisnes MLM yang besar dan mantap.
Menjalankan bisnes bersama K-Link International melalui program K-SYSTEM, kami pasti akan meraih kejayaan, juga untuk memperoleh pendapatan yang lebih banyak, kebebasan waktu, dalam satu masa relative singkat di dalam kehidupan kami, insyaAllah!
Dalam program K-SYSTEM, kami mempunyai sebuah team dalam jalur sponsoring yang akan membantu dan menyokong kami.
K-SYSTEM merupakan sistem sokongan bisnes K-Link International. Melalui sistem yang mantap dan berkesan, kami akan terus berusaha dan tidak akan menyerah kalah. KEJAYAAN menanti kami, insyaAllah!!!