Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Baru malam ini saya berkesempatan meng'update' blog kesayangan saya ini, itupun setelah ditegur oleh upline hebat saya
! Sebabnya kerana saya lebih banyak buat persiapan secara offiline (attend beberapa siri latihan dan bertemu rakan-rakan niaga) serta follow-up prospek.Sambil update blog ini, saya juga berchatting dengan beberapa prospek di YM serta beri info demi info kepada rakan-rakan niaga dahulu. Saya tak nafikan, masih ada prospek yang masih ragu-ragu dan negatif tentang MLM. Sebab utama ialah seperti saya dulu ... melalui pengalaman saya sendiri, saya kurang fokus, kurang bersedia dan kurang ilmu serta pendedahan tentang konsep bisnes MLM yang sebenarnya. Jadi sekarang ini adalah menjadi tanggung-jawab saya memberikan info setepat yang boleh.
Kira-kira jam 11.30 malam tadi, saya baru pulang dari rumah upline saya di Taman Ampang Indah kerana membeli beberapa lagi produk serta Mesin Accupunture, sebagai persiapan menghadapi perjalanan biz yang lebih mantap! Beliau suami isteri tiada di rumah ketika itu kerana berada di Penang untuk sesi bertemu dengan rakan-rakan niaga di sana serta mengendalikan beberapa program K-Link International. Namun, anak-anak mereka lah yang melayan saya. Hmm .. ke mana tumpangnya kuah kalau tidak ke nasi! Anak-anak saya pun kini lebih faham dan lebih minat tentang bisnes. Ada yang menyuarakan bahawa bila dewasa nanti, mereka pun nak jadi usahawan seperti mama ... alhamdulillah!
InsyaAllah malam esok, saya dan beberapa rakan niaga akan bertemu dengan upline (small group meeting). Sesiapa yang terbaca blog saya ini dan ingin menyertai kami, sila call atau sms saya ya!
Saya juga ingin menjemput rakan-rakan niaga wanita atau sesiapa sahaja (samada telah menjadi ahli K-Link International atau tidak), menyertai Workshop Kecantikan di Tingkat 1, Wisma K-Link. Sila bawa alat-alat make-up sendiri dan kita semua akan ditunjuk-ajar tentang cara penggunaan produk dan alat-alat solek yang sesuai (make-up skill) untuk wajah kita. Workshop ini akan diadakan pada hari Sabtu (25 April 2009) jam 3.00 petang. Yuran hanya RM25.00!! Jangan lepaskan peluang ini ya ...
Di K-Link International, kita bukan sahaja didedahkan dengan produk-produk kesihatan yang hebat, namun kita juga amat bertuah kerana dapat mengikuti begitu banyak latihan dan program seperti program kecantikan dan slimming, image development, latihan sebagai presenter dan trainer yang berkualiti, serta banyak lagi pendedahan serta latihan-latihan yang telah disediakan. Maka, kerana itulah, System Pembelajaran K-Link International di iktiraf sebagai Top Ten System kerana "K-System"nya ... HEBAT!!!
Kepada anda yang masih tunggu dan lihat, yang masih ragu-ragu .. yang masih menanti dan mengharap ... tetapkan pendirian anda ... jangan berlengah lagi ... rebutlah peluang yang telah diletakkan di depan mata! Lagi lama anda menunggu ... semakin banyak anda 'kehilangan'.
Janganlah kita asyik memikirkan bahawa kalau kita melakukan bisnes ini sungguh-sungguh, bukan kita yang kaya, bukan kita yang berjaya serta mendapat hasilnya. Yang kaya dah berjaya adalah Upline kita ... Upline seronok-seronok kat atas, tapi 'masyukkkkk'. Jika kita masih berpendirian begini, maka pada pendapat saya, kita telah silap! Ubahlah segera pemikiran negatif ini. Sesiapa pun tidak akan boleh berjaya dan kaya, tanpa usaha sendiri dalam bisnes MLM walaupun 'Dia Upline' ... "Aku Downline" ...
InsyaAllah, di masa-masa yang akan datang, saya akan berkongsi dengan anda akan kebaikan dan kehebatan produk-produk K-Link International, di blogspot saya.
Jumpa lagi!
P/s : Terima kasih saya ucapkan kepada Linn Comel ... saya telah menerima hadiah percuma dari beliau iaitu sebuah buku yang begitu banyak pengisian di dalamnya, yang amat sesuai untuk saya aplikasikan untuk bisnes saya bersama Smart Success Team dan K-Link International. Buku tersebut ialah "Quranic Law of Attraction" - *Serlahkah potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Al-Quran* ditulis oleh Saudara Rusdin S. Rauf yang berasal dari Luwuk, Sulawesi Tengah.
SALAM KECERIAAN DAN SALAM KEJAYAAN DARI SAYA, NORMALA SHAMSUDDIN - AMPANG, SELANGOR!